Wuduk
1.
Wuduk ialah perbuatan membasuh atau menyapu anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air mutlak yang dimulai
dengan niat kerana Allah SWT.
2.
Hukum berwuduk adalah wajib bagi orang yang ingin melakukan solat, tawaf, menyentuh al Quran, sujud tilawah dan
sebagainya. Tanpa Wuduk ibadat tersebut tidak sah.
3.
Rukun-rukun wuduk:
(a) niat;
(b) membasuh muka, iaitu bermula dari tempat tumbuh rambut di
dahi hingga ke dagu dan dari
anak telinga kanan hingga ke anak telinga
kiri;
(c) membasuh kedua-dua tangan iaitu bermula dari hujung jari
hingga ke siku;
(d) menyapu sebahagian kepala;
(e) membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali;
(f) tertib, iaitu melakukan semua rukun mengikut susunannya.
4.
Antara perkara sunat ketika berwuduk:
(a) memulakan berwuduk dengan membaca “Bismillahirahmanirahim”;
(b) mendahulukan anggota kanan daripada yang kiri;
(c) mengulangi sebanyak tiga kali pada setiap perbuatan;
(d) berkumur-kumur.
5.
Antara perkara-perkara makruh ketika berwuduk:
(a)
berbual-bual ketika berwuduk;
(b) menggunakan air secara berlebihan;
(c) mendahulukan anggota yang kiri daripada yang kanan.
6.
Antara perkara-perkara yang membatalkan wuduk:
(a) keluar sesuatu dari qubul dan dubur;
(b) bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan mahram
tanpa berlapik;
(c) menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan.
7.
Hikmat berwuduk:
(a) menghapuskan dosa-dosa kecil;
(b) merupakan syarat sah bagi sesuatu ibadat;
(c) memberi ketenangan jiwa dan perasaan.
mengapa hukumnya makruh jika berbual ketika berwudhu
ReplyDeleteWuduk bermaksud
ReplyDeleteWuduk bermaksud. Atau menyapu
Delete