Saturday, 5 May 2012

TAYAMUM


Tayamum

1.         Tayamum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah  tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu berserta dengan niat.


2.         Sebab-sebab tayamum:

   (a)    ketiadaan air atau ada air tetapi hanya cukup untuk keperluan makan dan minum;
   (b)   sakit yang memudaratkan jika terkena air;
   (c)    air yang terlalu sejuk dan boleh memudaratkan diri;
   (d)   terkurung dan tiada bekalan air.


3.         Syarat-syarat tayamum:

   (a)    masuk waktu solat;
   (b)   debu tanah mestilah suci daripada najis;
   (c)    debu mestilah kering dan tidak bercampur Lumpur;
   (d)   membersihkan najis sebelum bertayamum.


4.         Rukun tayamum:

   (a)    niat;
   (b)   menyapu muka;
   (c)    menyapu kedua tangan hingga ke siku;
   (d)   tertib.


5.         Cara-cara bertayamum:

   (a)    tekan kedua-dua tapak tangan ke atas debu yang suci;
   (b)   kemudian sapu muka dengan debu tadi disertai dengan niat;
   (c)    seterusnya tekan kedua tapak tangan ke atas debu tersebut di tangan kanan dan kiri hingga ke siku.


6.         Perkara-perkara sunat ketika bertayamum:

   (a)    memulakan dengan membaca “Bismillahirahmanirahim”;
   (b)   mendahulukan tangan kanan daripada tangan kiri;
   (c)    menipiskan debu di tapak tangan;
   (d)   membaca doa.



7.         Perkara-perkara yang membatalkan tayamum:

   (a)    semua perkara yang membatalkan wuduk;
   (b)   ada air sebelum solat sekiranya bertayamum kerana ketiadaan air.

No comments:

Post a Comment