BERBUDI & BERBAKTI CARA HIDUP MUKMIN ( SURAH AL BAQARAH : AYAT 83)
1. PERINTAH-PERINTAH ALLAH KEPADA BANI ISRAEL
· Menyembah Allah yg Esa (hubungan dgn Allah)
· Berbakti kepada ibubapa
· Berbuat baik kepada kaum kerabat
· Membantu anak yatim5.Membantu orang miskin
· Berkomunikasi sesama manusia dengan baik
· Mengeluarkan zakat
· Menunaikan solat (hubungan dgn Allah)
2. SEBAB PERLU BERBAKTI KPD IBU BAPA:
· Ia adalah perintah Allah yg wajib ditunaikan
· Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dengan segala kesulitan
· Ibu bapa bersusah payah mengasuh, membesar &mendidik kita
· Mereka menyediakan segala keperluan asas dgnsempurna utk keselesaan kita
3. CARA BERBAKTI KPD IBU BAPA
· Taati mereka selagi tidak bertentangan dgn syarak
· Menghormati & mengasihi mereka
· Bersopan & Merendahkan suara ketika bercakap
· Mendoakan kesejahteraan & keampunan dosamereka
· Menjaga perasaan & menziarahi mereka jika berjauhan
· Membantu mereka ketika mereka memerlukan
4. CARA BERBAKTI K EPADA KAUM KERABAT(KELUARGA )
· Menghormati & menyayangi mereka
· Menziarahi mereka di waktu kelapangan
· Membantu mereka ketika mereka memerlukan bantuan
· Nasihat menasihati dengan cara baik
5. CARA BERBAKTI KEPADA ANAK YATIM
· Membantu dari segi keperluan asas spt: tempat tinggal,makan, minum, pakaian & keperluan sekolah
· Menjaga & mentadbir harta mereka dgn baik &memulangkannya apabila mereka telah mampu untuk menguruskannya ( Bagi pemegang amanah)
· Memberi kasih sayang & perhatian yang sewajarnya
· Menjalinkan hubungan baik dgn mereka & tidak menzalimi mereka
6. ADAB BERKOMUNIKAS I
· Bercakap perkara yang baik dan berfaedah
· Berbudi bahasa & bersopan santun dlm percakapan
· Ikhlas memberi nasihat & nasihat menasihati ke arah kebaikan
· mencegah rakan dari melakukan perkara buruk /maksiat
7. CARA BERBUAT BAIK kEPADA ORANG MISKIN
· Tidak menyisih & menghina mereka
· Bergaul & melayan mereka dgn cara yang baik
· Bersimpati & prihatin dgn kesusahan mereka
· Menjaga perasaan & emosi mereka
· Tidak menindas & mengambil kesempatan ke atas mereka
8. KEWAJIPAN MENUNAIKAN SOLAT &MENGELUARKAN ZAKAT
· Ibadat Solat & Zakat wajib ditunaikan oleh setiap mukmin yang cukup syarat-syaratnya.
· Solat adalah ibadat yang menghubungkan seseorang dgnAllah
· Zakat adalah ibadat yg berkaitan dgn tanggungjawabmenjaga hubungan sesama manusia
· Dalam al-Quran banyak menyebut tentang kefarduan Solat& Zakat secara seiringan
9.PENGAJARAN AYAT
1. Umat Islam hendaklah sentiasa menjaga hubungan baik dgn Allah & sesama manusia
2. Allah tidak meredai org yg derhaka kepada ibubapa
3. Kita hendaklah perihatin dengan kesusahan saudara seagama
No comments:
Post a Comment