Monday, 7 May 2012

ADAB DAN AKHLAK

BAB  : Adab Makmum Solat Jumaat

    Adab-adab ketika di masjid:

(a)   memakai bau-bauan;
(b)   memakai pakaian yang suci dan bersih;
(c)   sentiasa dalam keadaan berwuduk;
(d)   menjaga ketenteraman dengan tidak berbuat bising.

        Adab ketika masuk masjid:

(a)   melangkah masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan;
(b)   membaca doa;
(c)   tidak melangkah makmum yang berada dalam masjid;
(d)   penuhkan saf kosong di hadapan.

         Adab-adab setelah masuk ke dalam masjid:

(a)   solat sunat Tahiyatul Masjid sebelum duduk;
(b)   berniat iktikaf;
(c)   bersalam dengan jemaah yang berhampiran;
(d)   membaca al Quran, berselawat, berzikir dan berdoa.

        Adab-adab sebelum solat Jumaat:

(a)   mandi sunat Jumaat;
(b)   memotong kuku, menggunting misai dan bercukur;
(c)   memakai pakaian yang bersih dan suci;
(d)   memakai bau-bauan yang diharuskan.

       Adab selepas solat Jumaat:

(a)   mengerjakan solat sunat;
(b)   berdoa selepas selesai menunaikan solat
(c)   membaca doa keluar masjid
(d)   bersegera meneruskan aktiviti harian setelah selesai solat Jumaat.



No comments:

Post a Comment