Saturday 5 May 2012

SAMAK

Samak

1.         Samak ialah menyucikan kulit binatang selain daripada kulit anjing dan babi dengan cara-cara tertentu.

2.         Kulit binatang yang halal atau haram dimakan kecuali anjing dan babi menjadi suci apabila disamak.


3.         Alat-alat yang digunakan untuk menyamak:

   (a)    tawas;
   (b)   bahan kimia;
   (c)    kapur sirih;
   (d)   buah manjakani.


4.         Cara-cara menyamak:

   (a)    lendir, darah dan lemak yang melekat pada kulit binatang mestilah dibuang terlebih dahulu;
   (b)   selepas itu kulit binatang digosok dengan alat-alat menyamak supaya benda-benda yang masih
         melekat pada kulit dapat dihilangkan;
   (c)    kemudian jemurkan kulit binatang tersebut sehingga kering.


5.         Faedah menyamak:

   (a)    menjamin kebersihan barang yang digunakan;
   (b)   menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kulit binatang;
   (c)   dapat dikomersilkan untuk menambah pendapatan.


No comments:

Post a Comment