Thursday 3 May 2012

SOLAT SUNAT TAHIYYATULMASJID DAN SOLAT SUNAT RAWATIB

Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan Solat Sunat Rawatib

1.      Solat sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan setiap kali masuk ke dalam masjid sebelum duduk.

2.      Tujuan melakukan solat ini ialah bagi menghormati masjid sebagai rumah Allah      SWT.

3.        Solat sunat Rawatib ialah solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat      fardu.

4.        Solat sunat Rawatib boleh dilakukan pada waktu-waktu berikut:

(a)   dua rakaat sebelum solat fardu Subuh;
(b)   dua rakaat sebelum dan selepas solat fardu Zuhur;
(c)   dua rakaat sebelum solat fardu Asar;
(d)   dua rakaat selepas solat fardu Maghrib;
(e)   dua rakaat sebelum dan selepas solat fardu Isyak.

Hikmat solat sunat Rawatib:

(a)   menyempurnakan kekurangan pahala dalam solat fardu;
(b)   meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT;
(c)   mewujudkan sifat tawaduk dalam diri seseorang Muslim.

No comments:

Post a Comment