Monday, 7 May 2012

AKIDAH

BAB  : Fardu Ain Dan Fardu Kifayah
  
Konsep Fardu Ain dan Fardu Kifayah

1.         Fardu Ain ialah perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam. Berdosa jika tidak melaksanakannya.

2.         Fardu Kifayah ialah perkara yang wajib dilaksanakan oleh sebahagian orang islam untuk kepentingan umat Islam seluruhnya. Sekiranya tidak ada seorang pun daripada anggota masyarakat yang melaksanakan fardu kifayah, maka semua   masyarakat tersebut akan berdosa.

3.         Antara contoh perkara fardu ain ialah:

     (a)    menunaikan solat fardu;
     (b)   berpuasa pada bulan Ramadan;
     (c)    berbakti kepada ibu bapa.

4.         Antara contoh fardu kifayah ialah:

     (a)    solat berjemaah;
     (b)   menguruskan jenazah;
     (c)    menguasai ilmu teknologi maklumat, kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya.










BAB  : Kepentingan Fardu Ain dan Fardu Kifayah

1.         Kepentingan fardu ain kepada individu:

     (a)    melahirkan individu yang taat kepada pemerintah dan larangan Allah SWT;
     (b)   melahirkan individu yang berilmu dan beramal dengan ilmunya;
     (c)    melahirkan individu yang bermaruah dan dipandang mulia oleh orang lain.

2.         Kepentingan fardu ain kepada masyarakat:

     (a)    melahirkan masyarakat yang mengamalkan cara hidup Islam;
     (b)   segala perintah Allah SWT dapat dilaksanakan dengan mudah;
     (c)    melahirkan masyarakat yang aman, harmoni dan diberkati Allah SWT.


3.         Kepentingan fardu ain kepada negara:

     (a)    melahirkan warganegara yang berbudi pekerti mulia;
     (b)   melahirkan umat Islam yang hidup bersatu dan berkerjasama antara satu dengan yang lain;
     (c)    pembangunan negara berjalan dengan baik serta mengikut syariat Islam.

4.         Akibat mengabaikan fardu ain:

     (a)    jiwa tidak tenteram dan mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu;
     (b)   mendorong seseorang melakukan perkara-perkara yang mungkar;
     (c)    jauh daripada keberkatan dan keredaan Allah SWT.

5.         Kepentingan fardu kifayah kepada individu:

     (a)    tekun dan sabar dalam menimba ilmu;
     (b)   melahirkan individu yang berilmu dan beramal dengan ilmunya;
     (c)    mahir dan pakar dalam sesuatu bidang ilmu dan kemahiran.

6.         Kepentingan fardu kifayah kepada masyarakat:

     (a)    dapat memenuhi keperluan hidup masyarakat Islam;
     (b)   masalah sosial umat Islam dapat diselesaikan dengan mudah berdasarkan hukum Islam;
     (c)    umat Islam akan bertambah maju dalam pelbagai bidang.

7.         Kepentingan fardu kifayah kepada negara:

     (a)    negara bertambah maju dalam semua bidang kehidupan;
     (b)   negara dalam keadaan aman dan makmur;
     (c)    negara dihormati dan menjadi contoh kepada negara Islam yang lain.

8.         Akibat mengabaikan fardu kifayah:

     (a)    umat Islam akan ketinggalan dalam semua bidang;
     (b)   hidup dalam keadaan tersisih dan terpinggir daripada kehidupan masyarakat;
     (c)    hidup dalam kemiskinan dan kemunduran kerana tidak memiliki ilmu dan kemahiran.

No comments:

Post a Comment