Saturday 5 May 2012

ISTINJAK

Istinjak

1.         Istinjak ialah perbuatan membersihkan qubul (kemaluan) dan dubur selepas membuang air kecil atau besar dengan menggunakan alat-alat yang tertentu.

2.         Hukum beristinjak adalah wajib.

3.         Alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak:

   (a)    air mutlak seperti air hujan, air laut, air sungai, air perigi, air salji, air embun dan air mata air;
   (b)   benda-benda keras dan kesat seperti batu, kertas, tisu, daun kering dan kayu.


4.         Alat-alat yang haram digunakan untuk beristinjak:

   (a)    kertas yang tertulis ayat al Quran atau hadis, nama-nama Allah dan rasul;
   (b)   bahan makanan seperti roti, biskut, buah-buahan dan sebagainya;
   (c)    benda-benda licin seperti plastik.


5.         Syarat-syarat beristinjak dengan benda-benda kesat:

   (a)    alat yang digunakan mestilah bersih dan kering;
   (b)   najis yang terdapat pada qubul atau dubur belum kering;
   (c)    najis yang keluar tidak meleleh ke tempat lain seperti paha.


6.         Cara beristinjak dengan menggunakan batu dan air:

   (a)    sapu tempat keluar najis dengan tiga biji batu atau sebiji batu yang mempunyai tiga bucu;
   (b)   kemudian basuh dengan air mutlak sehingga bersih.

7.         Cara beristinjak dengan menggunakan benda-benda kesat ialah dengan membersihkan tempat keluar najis dengan benda kesat seperti kertas atau kayu sehingga bersih.

8.         Hikmat beristinjak:

   (a)    dapat melakukan ibadat dengan khusyuk;
   (b)   terhindar daripada berlakunya jangkitan penyakit;
   (c)    dikasihi dan diredai oleh Allah SWT.


19 comments:

  1. tulisan terlalu pekat and takde gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur jelah ape yg die buat

      Delete
    2. ye sye setuju lengkap sgt

      Delete
    3. Betul tu, dia at least bagi kita ilmu

      Delete
    4. tapi masih boleh baca kan? Bersyukur je la dia bagi nota ringkas tu...

      Delete
  2. Berguna sgt untk saya yg berumur meningkat memasuki remaja

    ReplyDelete
  3. Saya pun.... Sangat berguna untuk saya yng umur meningkat remaja

    ReplyDelete
  4. sangat berguna dan bagus untuk murid belajar tentang agama

    ReplyDelete
  5. terima kasih…sebab awakla yg menyelamatkan sye sbb cg sye bg assignment tp saya dah tukar salibus so..susah nk cari sumber cam ni...thx

    ReplyDelete
  6. Nk tnya kenapa terdapat beberapa jenis bahan yang haram digunakan untuk beristinjak

    ReplyDelete
  7. mengapakah terdapat beberapa jenis bahan yang haram dugunakan untuk beristinjak?

    boleh beritahu saya...kenapa??

    ReplyDelete