Saturday, 5 May 2012

WUDUK

Wuduk

1.         Wuduk ialah perbuatan membasuh atau menyapu anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air mutlak yang dimulai dengan niat kerana Allah SWT.

2.         Hukum berwuduk adalah wajib bagi orang yang ingin melakukan solat, tawaf, menyentuh al Quran, sujud tilawah dan sebagainya. Tanpa Wuduk ibadat tersebut tidak sah.


3.         Rukun-rukun wuduk:

        (a)    niat;
        (b)   membasuh muka, iaitu bermula dari tempat tumbuh rambut di dahi hingga ke dagu dan dari
          anak telinga kanan hingga ke anak telinga kiri;
        (c)    membasuh kedua-dua tangan iaitu bermula dari hujung jari hingga ke siku;
        (d)   menyapu sebahagian kepala;
        (e)    membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali;
        (f)    tertib, iaitu melakukan semua rukun mengikut susunannya.


4.         Antara perkara sunat ketika berwuduk:

        (a)    memulakan berwuduk dengan membaca “Bismillahirahmanirahim”;
        (b)   mendahulukan anggota kanan daripada yang kiri;
        (c)    mengulangi sebanyak tiga kali pada setiap perbuatan;
        (d)   berkumur-kumur.


5.         Antara perkara-perkara makruh ketika berwuduk:

        (a)    berbual-bual ketika berwuduk;
        (b)   menggunakan air secara berlebihan;
        (c)    mendahulukan anggota yang kiri daripada yang kanan.


6.         Antara perkara-perkara yang membatalkan wuduk:

        (a)    keluar sesuatu dari qubul dan dubur;
        (b)   bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan mahram tanpa berlapik;
        (c)    menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan.


7.         Hikmat berwuduk:

        (a)    menghapuskan dosa-dosa kecil;
        (b)   merupakan syarat sah bagi sesuatu ibadat;
        (c)   memberi ketenangan jiwa dan perasaan.


MANDI

Mandi

1.         Mandi ialah meratakan air mutlak ke seluruh badan dengan niat mengangkat hadas atau membersihkan kotoran.

2.         Jenis-jenis mandi:

   (a)    mandi wajib, iaitu mandi yang diwajibkan dan disertai dengan niat kerana berlaku hadas besar seperti berjunub, haid, keluar mani dan mati kecuali mati syahid;
   (b)   mandi sunat, iaitu mandi yang disunatkan dan disertai dengan niat kerana tujuan-tujuan tertentu seperti mandi hari Jumaat dan mandi hari raya;
   (c)    mandi harus, iaitu mandi selain daripada mandi wajib dan mandi sunat seperti mandi untuk kebersihan dan kesegaran badan.


3.         Sebab-sebab wajib  mandi:

   (a)    keluar air mani sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja;
   (b)   bersetubuh;
   (c)    mati yang bukan mati syahid;
   (d)   keluar darah haid dan nifas.


4.         Rukun mandi wajib:

   (a)    niat mandi wajib, iaitu ketika air mula sampai ke anggota badan;
   (b)   meratakan air ke seluruh anggota badan termasuklah celah-celah jari kaki dan tangan, rambut, kuku dan juga kemaluan.


5.         Perkara-perkara sunat ketika mandi wajib:

   (a)    memulakan mandi dengan membaca “Bismillahirahmanirahim”;
   (b)   membersihkan terlebih dahulu segala kotoran yang boleh menghalang air sampai ke anggota badan;
   (c)    berwuduk sebelum mandi;
   (d)   mengosok seluruh anggota badan.


6.         Hikmat mandi wajib:

   (a)    membolehkan seseorang itu beribadat kepada Allah SWT;
   (b)   menyegarkan tubuh badan dan mencergaskan minda;
   (c)    memberi keselesaan untuk berinteraksi dengan orang lain.


7.         Perkara yang diharamkan ketika berhadas besar:

   (a)    solat wajib atau sunat;
   (b)   melakukan tawaf;
   (c)    menyentuh, membawa dan membaca al Quran;
   (d)   duduk dalam masjid.


TAYAMUM


Tayamum

1.         Tayamum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah  tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu berserta dengan niat.


2.         Sebab-sebab tayamum:

   (a)    ketiadaan air atau ada air tetapi hanya cukup untuk keperluan makan dan minum;
   (b)   sakit yang memudaratkan jika terkena air;
   (c)    air yang terlalu sejuk dan boleh memudaratkan diri;
   (d)   terkurung dan tiada bekalan air.


3.         Syarat-syarat tayamum:

   (a)    masuk waktu solat;
   (b)   debu tanah mestilah suci daripada najis;
   (c)    debu mestilah kering dan tidak bercampur Lumpur;
   (d)   membersihkan najis sebelum bertayamum.


4.         Rukun tayamum:

   (a)    niat;
   (b)   menyapu muka;
   (c)    menyapu kedua tangan hingga ke siku;
   (d)   tertib.


5.         Cara-cara bertayamum:

   (a)    tekan kedua-dua tapak tangan ke atas debu yang suci;
   (b)   kemudian sapu muka dengan debu tadi disertai dengan niat;
   (c)    seterusnya tekan kedua tapak tangan ke atas debu tersebut di tangan kanan dan kiri hingga ke siku.


6.         Perkara-perkara sunat ketika bertayamum:

   (a)    memulakan dengan membaca “Bismillahirahmanirahim”;
   (b)   mendahulukan tangan kanan daripada tangan kiri;
   (c)    menipiskan debu di tapak tangan;
   (d)   membaca doa.



7.         Perkara-perkara yang membatalkan tayamum:

   (a)    semua perkara yang membatalkan wuduk;
   (b)   ada air sebelum solat sekiranya bertayamum kerana ketiadaan air.

BERBUDI & BERBAKTI CARA HIDUP MUKMIN

BERBUDI & BERBAKTI CARA HIDUP MUKMIN ( SURAH AL BAQARAH : AYAT 83)

1. PERINTAH-PERINTAH ALLAH KEPADA BANI ISRAEL
·         Menyembah Allah yg Esa (hubungan dgn Allah)
·         Berbakti kepada ibubapa
·         Berbuat baik kepada kaum kerabat
·         Membantu anak yatim5.Membantu orang miskin
·         Berkomunikasi sesama manusia dengan baik
·         Mengeluarkan zakat
·         Menunaikan solat (hubungan dgn Allah)

2. SEBAB PERLU BERBAKTI KPD IBU BAPA:
·         Ia adalah perintah Allah yg wajib ditunaikan
·         Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dengan segala kesulitan
·         Ibu bapa bersusah payah mengasuh, membesar &mendidik kita
·         Mereka menyediakan segala keperluan asas dgnsempurna utk keselesaan kita

3. CARA BERBAKTI KPD IBU BAPA

·         Taati mereka selagi tidak bertentangan dgn syarak
·         Menghormati & mengasihi mereka
·         Bersopan & Merendahkan suara ketika bercakap
·         Mendoakan kesejahteraan & keampunan dosamereka
·         Menjaga perasaan & menziarahi mereka jika berjauhan
·         Membantu mereka ketika mereka memerlukan

4. CARA BERBAKTI K EPADA KAUM KERABAT(KELUARGA )

·         Menghormati & menyayangi mereka
·         Menziarahi mereka di waktu kelapangan
·         Membantu mereka ketika mereka memerlukan bantuan
·         Nasihat menasihati dengan cara baik

5. CARA BERBAKTI KEPADA ANAK YATIM

·         Membantu dari segi keperluan asas spt: tempat tinggal,makan, minum, pakaian & keperluan sekolah
·         Menjaga & mentadbir harta mereka dgn baik &memulangkannya apabila mereka telah mampu untuk menguruskannya ( Bagi pemegang amanah)
·         Memberi kasih sayang & perhatian yang sewajarnya
·         Menjalinkan hubungan baik dgn mereka & tidak menzalimi mereka

6. ADAB BERKOMUNIKAS I

·         Bercakap perkara yang baik dan berfaedah
·         Berbudi bahasa & bersopan santun dlm percakapan
·         Ikhlas memberi nasihat & nasihat menasihati ke arah kebaikan
·         mencegah rakan dari melakukan perkara buruk /maksiat

7. CARA BERBUAT BAIK  kEPADA ORANG MISKIN

·         Tidak menyisih & menghina mereka
·         Bergaul & melayan mereka dgn cara yang baik
·         Bersimpati & prihatin dgn kesusahan mereka
·         Menjaga perasaan & emosi mereka
·         Tidak menindas & mengambil kesempatan ke atas mereka

8. KEWAJIPAN MENUNAIKAN SOLAT &MENGELUARKAN ZAKAT

·         Ibadat Solat & Zakat wajib ditunaikan oleh setiap mukmin yang cukup syarat-syaratnya.
·         Solat adalah ibadat yang menghubungkan seseorang dgnAllah
·         Zakat adalah ibadat yg berkaitan dgn tanggungjawabmenjaga hubungan sesama manusia
·         Dalam al-Quran banyak menyebut tentang kefarduan Solat& Zakat secara seiringan

9.PENGAJARAN AYAT
1.       Umat Islam hendaklah sentiasa menjaga hubungan baik dgn Allah & sesama manusia
2.       Allah tidak meredai org yg derhaka kepada ibubapa
3.       Kita hendaklah perihatin dengan kesusahan saudara seagama